adamoon
ripper
Follow


ADAM ZAILANI
17, SPM an he found himself in writing everytime the papers and the pens meet



© Skin by kenriken basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Sebenarnya ... Saya Isteri Dia
Monday 22 April 2013 | 0 Comments

Bismillah.




Syaf terjaga apabila terasa tubuhnya dipeluk seseorang.Matanya cuba dipejam celik beberapa kali untuk memastikan di mana dia berada.Namun hanya samar-samar sahaja cahaya yang kelihatan.Dia memandang tangan yang sedang merangkul elok tubuhnya dari sebelah kanan.Firash ! Jantungnya mula berdegup laju. Alamak ! Dia ni tidur pun sibuk aje nak peluk orang,rungut Syaf sebelum cuba mengalihkan tangan Firash yang masih memeluk tubuhnya itu. 

Tanpa sedar tangannya mula mengusap pipi Firash . Rasanya kalau dia senyum ni,mesti nampak lesung pipit. Namun dia tahu yang Firash jarang melemparkan senyum manis kepadanya.Lelaki itu sudah semakin dingin dengannya sejak perkara pada malam tadi.Salah dia juga kerana balik lewat,tetapi dia ada kerja yang perlu dibuat.Bukannya sengaja hendak buat macam tu .

"Dah habis tenung aku ?" tegur Firash tiba-tiba.Syaf yang mengusap lembut pipi Firash itu lansung terhenti.Jantungnya berdegup kencang.Terasa panahan mata Firash menikam anak matanya...

- Sebenarnya Saya Isteri Dia

Saya rindu Syahirah saya :')

" Titik-titik duka yang pernah kita taburkan dulu,lama kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan "