adamoon
ripper
Follow


ADAM ZAILANI
17, SPM an he found himself in writing everytime the papers and the pens meet



© Skin by kenriken basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
" Cinta Sampai Mati " - Adamzailani
Wednesday 22 May 2013 | 2 Comments

Bismillah



Burung-burung berkicauan dengan riangnya . Taman ini masih indah,seindah 5 tahun dahulu. Tidak banyak perubahan yang berlaku .Cuma yang berbezanya kali ini aku datang berseorangan. Pandangan yang kosong dihantarkan tepat pada langit yang membiru . Satu tarikan nafas yang dalam dihirup .  Alhamdulillah,aku dapat nikmati suasana sebegini lagi,dan aku harap aku akan terus dapat merasainya .

Hari semakin lewat,burung berterbangan pulang ke sarang . Semua haiwan beredar ke tempat masing-masing begitu juga dengan aku . Tapi malang tidak berbau, hujan mulai turun . Setitis demi setitis membasahi wajahku.Aku tidak merungut,sebaliknya aku suka,kerana aku tahu hujan itu merupakan rahmat dari-Nya . Tiba-tiba perasaanku berubah,hatiku terasa sebak,mungkin kerana mengingati peristiwa yang telah berlaku semasa 5 tahun dahulu .

Masih segar di ingatan,peristiwa 5 tahun dahulu dimana dia membawa aku ke taman ini buat kali pertama . Aku sungguh teruja dengan keindahan taman ini . Dia hanya tersenyum melihat gelagatku yang seperti keanak-anakan . Dia menghulurkan aiskrim coklat kepadaku . Aku masih ingat bagaimana rasanya aiskrim itu .  Sejuknya itu masih terasa setiap kali aku membayangkannya . Gigitan aku terhenti apabila aku terpandang akan sebentuk cincin terletak kemas di dalam kon ais krim milikku itu . Terbit senyuman manis di bibir ku,akhirnya dia melamar aku . Tiada perkataan yang boleh aku ungkapkan . Lidahku kelu,tetapi apa yang aku tahu,perasaan ini benar-benar gembira . Dia hanya tersenyum memandang wajahku .

Aku simpan cincin itu ke dalam poket seluar jeansku itu,bukan kerana aku tidak sudi,tetapi kerana aku terlalu malu . Tetapi aku tahu,dia faham kenapa aku lakukan perkara itu . Hari beransur gelap,tiba masanya untuk aku bergerak pulang,kami menuju ke kereta . Setelah berada di dalam perut kereta baru aku sedar telefon bimbit ku tiada di dalam poket jeans , mungkin tertinggal di tempat kami duduk tadi .

Dia menawarkan diri untuk menggambilnya . Aku hanya mengangguk menandakan setuju,sebelum dia pergi,dia melemparkan  senyumannya yang sangat indah,tidak pernahku lihat dia tersenyum begitu . Aku masuk ke dalam kereta dahulu kerana aku terlalu penat berdiri . Setelah sekian lama menunggu,baru aku terpandang kelibatnya,semasa dia melintas jalan dia dilanggar sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya . Darahnya memancut laju . Jari-jarinya patah . Telefon bimbitku hancur digilis . Air mata ku menitis laju . Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu .

Tetapi semuanya itu telah berlalu,sudah genap 5 tahun . Disebabkan itu aku trauma untuk bercinta lagi,kerana aku tidak mahu kehilangan orang yang sayang pergi . Semakin lama semakin kuat bunyi hon dan cahaya lampu kereta menghala ke arahku . Aku menoleh ke kiri,aku ternampak sebuah kereta meluncur laju ke arahku,tiada apa yang dapatku lakukan pada saat saat ini . Air mata ku menitis kembali,sudah tibanya aku menyusul "dia" yang sudah lama pergi . Tidakku sangka,tidak ku juga,aku pergi mengiringinya . Tunggu aku sayang :')