adamoon
ripper
Follow


ADAM ZAILANI
17, SPM an he found himself in writing everytime the papers and the pens meet



© Skin by kenriken basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
5th Sept 2013
Saturday, 7 September 2013 | 2 Comments

Assalamualaikum



Banyak post aku tertinggal,post pasal raya,jamuan raya sekolah,dan macam-macam . Biarkan . Aku tak tahu nak mulakan macam mana entri ni,dan aku tak tahu apa yang patut aku tulis . AWKWARD GILA 
Nak ceritakan dari mana pun aku tak tahu . 

September
Cepat masa berlalu,bulan yang paling aku tunggu tiba jugak . My birthday month . Aku tak harapkan apa apa special tahun ni,sebab aku tak pernah dapat apa apa yang special atau apa apa kejutan . Yang aku tahu,hari jadi aku akan menjadi hari yang paling banyak aku mengalirkan air mata merindui orang-orang yang pergi dari hidup aku . Terlalu banyak yang akan berlaku dalam bulan ini,ya itu aku tahu . Dan aku sudah bersedia menghadapinya .

PMR
PMR pun dah nak dekat sangat,kurang dari 30 hari,dan apa yang aku boleh cakap adalah,aku tak sedia apa apa lagi . Aku nak cakap yang aku menyesal tapi tak guna,tak ada apa yang boleh aku buat sekarang ni . Aku tak takut nak hadapi PMR tu,apa yang aku takut bila "keluarga" aku kecewa/menangis disebabkan keputusan aku,8A itu bukan mudah,tapi tak mustahil . Itu perkara yang paling aku takut .

Kawan
Kawan-kawan,aku tak nak cakap banyak pasal ni,mungkin dari pandangan aku,mereka salah,tapi mungkin dari pangangan mereka , aku yang bersalah,aku tak boleh nak cakap banyak pasal ni . Aku manusia,aku buat silap dan sekarang seorang demi seorang pergi dari hidup aku . 

Hidup
Kehidupan aku semakin hari semakin teruk,mungkin orang akan cakap aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada . Tapi mereka memang tak tahu apa yang berlaku . Hari demi hari,aku lalui hidup aku dengan tangisan . Aku berdoa pada Allah semoga Dia permudahkan segalanya . Berdoa dan terus berdoa,sebab aku yakin Dia dengar .

Masa terlalu cepat berlalu atau aku yang terlalu leka ? - Adamzailani