adamoon
ripper
Follow


ADAM ZAILANI
17, SPM an he found himself in writing everytime the papers and the pens meet



© Skin by kenriken basecodes by atiqah jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours.
Wahai sahabat ,
Monday 28 October 2013 | 0 Comments

Sungguh,aku sudah kekok menaip entri,salam pun lupa . sedih 

Assalamualaikum .




Terlalu banyak sebenarnya nak ditulis,nak dikongsi . Terlalu banyak,aku sendiri tak tahu nak mula macam mana dan mengakhirinya macam mana .

Kata seorang sahabat,bila perlu seseorang cari dia,dia akan selalu ada 
hm,tapi apa yang aku lupa tentang dia,
Aku hanya kenalnya melalui alam maya,
Bapak dia nama apa pun aku tak tahu .
"aku selalu ada " pffft siapa percaya ?

Kata seorang sahabat , dia tak pernah benci aku 
hm,tapi apa yang aku dapat ?
10 hari dia tak berjumpa aku,
cari pun tak ?
pffft siapa percaya ?

Kata seorang sahabat,dia rindu pada aku
hm,tapi takkan memerlukan masa seminggu untuk meluahkannya ?
Takkan seminggu baru cari ?
"rindu pada kamu" pfft siapa percaya ?

Kata seorang sahabat,yang paling indah itu persahabatan 
hm,tapi apa yang aku rasakan ini bukan persahabatan .
Lebih kepada pengkhianatan 
Lebih kepada kekecewaan
Lebih kepada kesedihan
Lebih kepada kegagalan
"paling indah itu persahabatan" pftt siapa percaya ?

Kata seorang sahabat, yang ............
pftt siapa percaya ?

Cukup dengan kata-kata sebegitu,sungguh aku jemu 
Kata-kata nista tipu domba seperti itu .
Wahai sahabat,kau hanya pandai berkata-kata,
Tidak pernah sekali kau cuba membuktikannya .
Wahai sahabat,cukup .

Sudah tiba masa aku pergi,pergi aku tidak jauh . Biar aku kuatkan semula apa yang lemah . Biar aku cari semua apa yang hilang . Biar aku cantumkan semua apa yang sudah terputus . Kau tahu,hidup berseorangan tanpa teman itu amat susah,tapi apakan daya,hukum dunia . Aku tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya .

Wahai sahabat,selalu ingat . Jaga makan minummu. Tidur bangunmu . Solat untuk Tuhanmu . Wahai sahabat,selalu ingat , bila didalam kesusahan,berdoalah . Doa mu itu selalu didengar Tuhan . Wahai sahabat,jagalah diri,jaga keselamatan rohani .

Wahai sahabat,terima kasih atas segalanya,baik buruk,aku terima . Manis pahit akan ku telan juga . Kenangan yang tak akan aku boleh beli dengan wang . Terima kasih . Wahai sahabat,ingatlah semua tentang apa yang kita lalui,susah senang,sakit sihat . Wahai sahabat,sungguh aku tak tahu ungkapan apa yang paling manis untuk aku ucapkan diatas pengalaman sehebat ini . Aku tahu "terima kasih" tidak cukup .

Wahai sahabat,masihkah kau ingat,ketika aku bersedih . Semua menghulur tangan untuk membantu . Ada juga menghulur sebatang rokok "hisaplah,hilang stress" . Ada yang menyediakan telinga untuk mendengar , ada yang menghulur senyuman dan apa yang aku paling terharu ada juga yang cuba menghiburkan hati yang luka ini .

Wahai sahabat,sayang aku padamu,tiada tolak bandingnya . Rinduku padamu, tiada penghujungnya . Tapi apa aku bisa lakukan untuk kamu semua merasakan perkara yang sama terhadapku . Bahagia yang dulu bertukar duka . Ceria yang dulu bertukar kecewa . Berubah,semua berubah , kenapa wahai sahabat ?



Sahabat,
ujian kita berbeza..
Nikmat kita jua berbeza..
Namun, fitrah kita TETAP sama..
Tetap hambaNya yang hina..

Jadi mengertilah bahawa diri ini perlukan keredhaanNya..
Mendambakan kasihNya..
kerana di akhirat nanti ku ingin bertemu denganNya
walaupun cuma untuk seketika..

Sahabat,
Bila kamu memerlukan seseorang,
pejamkan matamu,
letak tanganmu di dada,
dengarkan degupan jantungmu,
dan berdoalah.
Rasakan aku, aku ada disitu.

Ingatlah,
diri ini sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua dunia akhirat.